Sabtu, 19 Desember 2009

10 Muharam

10 Muharram atau Hari Assyuuraa'.. salah satu hari kebesaran umat Islam..

Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan :

* Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
* Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
* Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
* Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
* Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
* Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
* Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
* Allah menenggelamkan Fir'aun
* Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
* Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Allah juga telah menjadikan kelebihan pada Hari Assyuuraa"..

* Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
* dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
* dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
* dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
* dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
* dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
* dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
* dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
* dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
* dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

[puterijasmin.blogspot.com]

0 komentar:

Posting Komentar

 

Satu

Satu

Dua

dua

Tiga

tiga

Enam

enam

Lima

lima

Empat

empat